Konsep PJJ
Pembelajaran Jarak Jauh atau PJJ
Pendidikan Jarak Jauh adalah satu bidang pendidikan yang bertumpu kepada memberi pendidikan kepada pelajar yang tidak berada di satu lokasi setempat seperti di institusi pengajian tinggi atau IPT. Melalui PJJ pelajar dan pengajar berkomunikasi di waktu dan ketika yang berlainan yang sesuai dengan masa lapang mereka.
Konsep Pengajian Jarak Jauh
Pada prinsipnya kaedah PJJ mendokong konsep pemisahan antara pengajar dan pelajar. Dengan itu pengajaran dan pembelajaran berlangsung melalui bahan-bahan pembelajaran kendiri dalam pelbagai media. Dalam konteks PJJ, pembelajaran kendiri membawa maksud bahawa pelajar belajar bersendirian, tidak bertemu muka selaludengan pengajar dan juga rakan yang lain. Pelajar PJJ bebas mempelajari sesuatu subjek mengikut selera ataupun kaedah masing-masing. Menurut Rozhan Hj. Mohammad Idrus (1994) terdapat dua ciri utama yang amat penting dalam pelaksanaan PJJ:
Segala pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara formal dapat dilaksanakan dan diseliakan secara jarak jauh iaitu dalam keadaan pelajar terpisah daripada pengajar.
Tanggungjawab pembelajaran telah dipindahkan kepada pelajar itu sendiri. Dengan secara sendirian, pelajar akan belajar dan juga menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran bagi menambah dan memperolehi ilmu serta kemahiran yang dicari .
No comments:
Post a Comment