KEBAIKAN DAN KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN JARAK JAUH
Sepertimana yang telah diketahui umum bahawa sistem PJJ mendokong konsep pemisahan antara pengajar dan pelajar. Kemajuan sistem PJJ menjadi amat penting kerana sistem ini memberi pilihan pendidikan kepada golongan manusia yang mahu menimba ilmu dengan cara yang berbeza daripada pendidikan formal. Persoalannya sekarang, apakah kebaikan dan kelemahan sistem PJJ ini kepada pelajar-pelajarnya.
Antaranya adalah:
- Memberi Peluang Kedua Kepada Pelajar .
- Pembangunan sosial dan ekonomi penting untuk memastikan taraf hidup yang senang bagi rakyat bagi sesebuah negara. Dengan kemajuan yang dicapai sekarang, didapati pelabur asing gemar melabur di Malaysia. Ini adalah kerana tenaga kerja di sini kebanyakannya terlatih, bertanggungjawab dan berpengatahuan. Keadaan ini merupakan satu galakan untuk menarik pelabur datang ke negara ini (Shireen Haron,Feb 1995).
- Sehubungan dengan itu, dengan adanya program PJJ ini ia dapat memberi peluang kepada mereka yang bekerja untuk meningkatkan kelayakan, kemahiran dan pengetahuan. Keperluan ini dapat memastikan perkembangan ilmu yang sihat demi pertumbuhan ekonomi, sosial dan politik yang pesat(Mohd.Noor Saleh, 1994). Oleh sebab itu PJJ penting kerana program ini akan memperbanyakkan lagi rakyat yang berpengetahuan dan berilmu. Ini selaras dengan perkembangan sektor awam dan swasta di mana tanggungjawabnya semakin besar dan komplek. Sehubungan dengan itu, sektor ini memerlukan mereka yang berkeliber, berdedikasi dan berpengetahuan untuk memastikan mutu kerja dan perkhidmatan terus meningkat ke tahap keberkesanan yang optima. Sesungguhnya pendidikan itu penting dan harus dijadikan sebagai satu kegiatan yang berterusan dalam kehidupan manusia.
- Kemudahan Media
- Bagi menjamin sistem PJJ berjalan dengan lancar, kemudahan media telah disediakan samada dalam bentuk media cetak ataupun media elektronik. Dalam sistem PJJ bahan utama yang digunakan ialah media cetak. Ini bukanlah bahan bercetak seperti buku cerita tetapi ia telah diolah dalam bentuk kendiri. Ini bermaksud bahan pengajaran ini telah direka supaya ia berkebolehan menyampaikan pelajaran dan meransang pembelajaran pelajar. Media-media yang lain juga digunakan seperti pita video,televisyen dan sebagainya (Rozhan Hj. Mohammed Idrus, 1994).
- Dikebanyakan negara maju seperti Amerika dan United Kingdom, kebanyakkan institusi PJJ menggunakan pelbagai media penyampaian maklumat seperti radio,televisyen,video, komputer dan satelit dalam usaha untuk meningkatkan lagi kualiti pengajaran, pembelajaran dan prestasi pelajar. Segala peralatan untuk berkomunikasi seperti telefon, faksimili dan E-mail digunakan secara meluas. Persoalannya di sini adakah kos ditanggung oleh pelajar atau oleh institusi itu sendiri?. Setiap media penyampaian maklumat ini memberi kesan yang berbeza kepada proses pembelajaran pelajar. Menurut Anthony Bates (dipetik dalam Keith.H, 1993) teknologi yang digunakan hendaklah dipengaruhi oleh bidang tugas pelajar dan kos seharusnya rendah. Di sini kos memainkan peranan yang penting di mana pengajian jenis ini adalah di tanggung oleh pelajar itu sendiri. Walaubagaimanapun dengan adanyapelbagai media penyampaian maklumat, ini akan menambahkan minat dan motivasi pelajar untuk terus belajar dan seterusnya akan meningkatkan mutu pelajaran mereka.
- Interaksi yang Minimum
- Tidak dapat disangkal lagi bahawa semakin luas jarak yang wujud dalam perhubungan PJJ, semakin kompleks dan mencabar peranan pensyarah dalam menggunakan segala sumber media komunikasi yang ada untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar. Pelajar PJJ jika dibandingkan dengan pelajar biasa mempunyai interaksi yang minimum bukan sahaja dengan pensyarah, tetapi juga dengan rakan sekuliah. Berkongsi fikiran dan idea di kalangan rakan sekuliah merupakan satu kegiatan yang sihat dan berfaedah dalam proses pembelajaran. Bagi sesetengah pelajar PJJ yang bernasib baik kerana mempunyai rakan sepejabat atau kenalan rapat yang sekuliah dengan mereka, maka boleh menubuhkan kumpulan kecil untuk belajar tetapi ada juga yang tidak bernasib baik untuk berbuat demikian. Ini akan menjadi masalah kepada pelajar PJJ. Proses pembelajaran dalam suasana"pengasingan" merupakan satu gejala yang tidak sihat(Shireen Haron, April 1995).
- Bagi merapatkan jurang pengasingan ini mestilah wujud daya usaha dikalangan semua pihak yang terlibat khususnya institusi PJJ, pensyarah dan pelajar PJJ sendiri. Memanglah berfaedah jika pelajar PJJ mengambil daya usaha untuk mengadakan kumpulan kecil untuk berbincang tentang segala maklumat pembelajaran. Kaedah ini dinama ‘peer tutoring’ iaitu pelajar sekuliah mengambil daya usaha untuk membantu antara satu sama lain. Untuk berjaya dalam pendidikan seseorang pelajar itu haruslah berdikari dan tidak bergantung kepada orang lain.
- Pembelajaran Kendiri
- Pembelajaran kendiri boleh dilihat sebagai usaha pembelajaran yang dilakukan oleh seseorang pelajar tanpa ada bimbingan terus daripada guru. Dalam kata lain pembelajaran kendiri bermaksud segala aktiviti pelajar dilakukan sendiri oleh pelajar tanpa pertolongan langsung daripada seseorang.Terdapat tiga ciri pembelajaran kendiri iaitu:-
- Guru dan murid terpisah secara fizikal pada kebanyakan waktu.
- Komunikasi dilakukan melalui pertolongan media.
- Pelajar terpisah daripada pelajar yang lain.
- Apabila pelajar bersendirian, bermakna pelajar perlu melakukan aktiviti secara kendiri
atau tidak di bantu ole guru atau lain-lain pelajar secara berdepan. Ia juga memberi
beberapa kelonggaran dan kebebasan kepada pelajar dalam memilih objektif pembelajaran, cara untuk belajar dan penilaian kepada pembelajaran. Pelajar juga
bebas untuk menentukan masa dan tempat untuk belajar. Selain daripada itu dalam
keadaan berjauhan dengan rakan-rakan pelajar yang lain, ia dapat mengelakkan
pengaruh rakan-rakan. Ini bermaksud perbandingan di antara kemajuan dirinya
dengan pelajar lain tidak akan berlaku(Ab.Rasid Mat Zin,1994). - Mengikut Wedemeyer (dipetik dalam Keegan 1986), kematangan seseorang pelajar
kendiri itu sangat penting, iaitu peranannya dalam menentukan pengendalian aktiviti
pembelajaran itu sentiasa diteruskan. Di sini pendorong utama ialah maksud dan
tujuan yang hendak dicapai oleh pelajar, ianya perlu tahu dengan sejelas-jelasnya.dalam pengajian PJJ ini. - Isunya disini,adakah pembelajaran jenis ini benar-benar berkesan?. Seperti mana yang
kita ketahui bahawa terdapat beberapa kebaikan dalam pembelajaran kendiri, namun
tidak dapat dinafikan bahawa terdapat juga beberapa keburukan atau gangguan
kepada pembelajaran ini. Gangguan disini bermaksud faktor fizikal dan psikologi
yang mengganggu pembelajaran dan bukan menyekat pembelajaran. Di antaranya
ialah:- - Persediaan diri
Keadaan diri pelajar juga perlu bersedia untuk belajar. Dalam keadaan yang penat tentulah pelajar tidak dapat menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Ini sering terjadi apabila pelajar baru balik dari pejabat atau selepas membuat aktiviti luar(Ab.Rasid Mat Zin,1994). Menurut France Henri dan Anthony Kaye (dipetik dari Keegan D. 1993) terdapat 2 gangguan iaitu gangguan dalaman dan gangguan luaran. Faktor dalaman merujuk kepada perasaan marah, tekanan emosi dan takut dan manakala faktor luaran pula ialah keadaan yang panas, peralatan yang tidak mencukupi, bunyi bising dan sebagainya. - Tanggungjawab sosial dan ketenanganSebagai orang dewasa dan anggota masyarakat adalah menjadi kebiasaan untuk kita melibatkan diri dalam sebarang bentuk aktiviti kemasyarakatan. Ini serba sedikit akan menjejaskan ketenangan dan tumpuan kepada pembelajaran. Pergeseran peribadi di antara suami isteri, rakan sepejabat apatah lagi dengan ketua sendiri tentulah mengganggu ketenangan fikiran seseorang pelajar itu.
- Ketenangan dan ketenteraman sangat penting untuk pelajar menumpukan konsentrasi kepada sesuatu pelajaran.
- Masa merupakan masalah utama bagi pelajar PJJ. Hal sedemikian kerana mereka mempunyai pelbagai komitmen kerana kebanyakannya daripada mereka sudah berkeluarga dan mempunyai pekerjaan tetap. Isu penting ialah, bagaimanakah untuk memperolehi masa yang berkualiti untuk belajar dengan lebih berkesan?. Apakah yang dimaksudkan masa yang berkualiti?. Menurut Ab. Rasid Mat Zin, masa yang berkualiti bermakna menggunakan masa yang ada sebaik mungkin untuk mentelaah atau melaksanakan kegiatan pendidikan dengan berkesan. Masa tersebut mungkin memakan masa dua, tiga atau empat jam. Bagaimanapun, persoalan yang penting ialah apakah seseorang pelajar itu dapat belajar dengan berkesan?. Sesetengah pelajar mempunyai masa empat jam sehari untuk belajar tetapi tidak menggunakan masa tersebut dengan sebaik mungkin. Waktu belajar diselang-seli dengan perbualan dan sebagainya. Maka di sini masa selama empat jam tadi tidak digunakan dengan berkesan. Pelajar harus mengatur masa untuk belajar dengan membahagikan masa untuk keluarga, kerja dan tugas yang lain.Sokongan ahli keluarga amat penting supaya pelajar dapat menetapkan masa untuk belajar dengan kerelaan ahli keluarga. Masa harus di kawal untuk memastikan penggunaan masa yang berkualiti untuk pembelajaran. Rancanglah masa dengan baik, senaraikan segala tugas, pekerjaan, temu janji dan masa untuk belajar dalam buku harian agar segala aktiviti berjalan dengan lancar dan sistematik.
- Kos
Dalam membuat apa jua pekerjaan atau aktiviti-aktiviti, kos memainkan peranan yang penting. Bagi sistem PJJ, tidak dapat dinafikan bahawa pelajar-pelajar amat
memerlukan kos yang tinggi terutamanya untuk membayar yuran di sekitar RM1000 hingga RM4000 dan bagi memperolehi bahan bacaan dan penggunaan media. Kos ini memjadi bebanan kepada mereka kerana gaji yang diperolehi bukan sahaja digunakan untuk belajar malah untuk keperluan lain juga seperti untuk keluarga, keperluan harian dan sebagainya. Namun begitu hasrat untuk mendapat kejayaan, kemahiran serta pengetahuan tidak menghalang mereka untuk terus belajar demi masa depan yang cemerlang.
No comments:
Post a Comment